Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Serenia Anira Kali Pertama
Semua Ahli Persatuan Penduduk Serenia Anira
YBhg. Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK SERENIA ANIRA KALI PERTAMA
Dengan segala hormatnya dimaklumkan mesyuarat tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:-
Tarikh : 11 April 2026 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Tempat : Taman Permainan, Serenia Anira
2. Agenda mesyuarat tersebut ialah:-
2.1 Ucapan Aluan Pengerusi Penaja Persatuan Penduduk Serenia Anira
2.2 Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti Tahun 2025
2.3 Membentang dan Menerima Laporan Kewangan Tahun 2025
2.4 Menerima dan Membahaskan Usul
2.5 Membentang Pelaksanaan Kawalan Keselamatan Serenia Anira
2.6 Pembubaran AJK Penaja dan Pelantikan AJK 2026-2027
2.7 Ucapan Penangguhan dan Makan Tengahari
3. Sebagai peringatan semua ahli hendaklah menjelaskan yuran tahunan sebanyak RM50.00 sebelum 31 Mac setiap tahun melalui aplikasi iCARES.
4. Kerjasama Y. Bhg. Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan adalah dipohon untuk hadir ke mesyuarat tersebut.
Sekian, terima kasih.
Saya Yang Menjalankan Tugas,
(MOHD HASIADY BIN YASIN)
Setiausaha

Comments
Post a Comment