Posts

Muka Utama

Selamat Datang (Welcome)

Image
Selamat datang ke laman blog Persatuan Penduduk Serenia Anira (Serenia Anira Resident Association), Bandar Serenia, Sepang, Selangor. Laman ini disediakan untuk perkongsian maklumat mengenai Persatuan Penduduk Serenia Anira, penganjuran aktiviti persatuan dan hebahan maklumat kepada penduduk Serenia Anira.  Laman ini mula diwujudkan pada 19 Disember 2024.

Penggunaan Aplikasi iCares di Serenia Anira mulai 12 Disember 2025

Image
Komuniti Serenia Anira, Bandar Serenia, Sepang, Selangor telah menggunakan aplikasi iCares untuk kemudahan residen keluar masuk, pendaftaran tetamu, pendaftaran kenderaan, pengurusan bayaran kawalan keselamatan bulanan, patrol (rondaan oleh pengawal keselamatan) dan lain-lain. Aplikasi ini mula dilancarkan secara Pilot Run mulai 12 Disember 2025 . 

Kerja-Kerja Pemasangan Barrier dan ANPR di Pondok Pengawal Serenia Anira

Image
Persatuan Penduduk Serenia Anira sedang melaksanakan pemasangan barrier dan ANPR di pondok pengawal Serenia Anira untuk kemudahan penduduk pada masa hadapan. Kerja-kerja ini bermula pada 18 Disember 2025 dan dijangka siap pada 1 Januari 2026. Kerjasama penduduk untuk mematuhi papan tanda keluar dan masuk amatlah dihargai. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Majlis Potluck 2.0 Serenia Anira

Image
Majlis Potluck Anira 2.0 telah diadakan pada 29 November 2025 jam 8.00 malam bertempat di Taman Permainan Serenia Anira.

Tabung Khairat Kematian Bandar Serenia

Image
  Assalamualaikum dan salam sejahtera, Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Penduduk Islam Bandar Serenia (PKPIBS) kini memperkenalkan Tabung Khairat Kematian sebagai inisiatif meringankan beban ahli serta keluarga apabila berlaku kematian. Tabung ini diwujudkan bagi memastikan kebajikan ahli terjamin serta urusan pengurusan jenazah dapat dilaksanakan dengan lebih teratur. Sila rujuk slaid yang disediakan mengenai proses pendaftaran, manfaat yang diterima serta wakil-wakil khairat kematian bagi setiap taman. "Daftar hari ini untuk kebajikan bersama" Terima kasih. b/p Pengerusi Persatuan Kebajikan Penduduk Islam Bandar Serenia Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Jamuan Hari Raya Aidilfiti potluck@Serenia Anira 2025

Image
Jamuan Hari Raya Aidilfiti potluck@Serenia Anira 2025 telah diadakan pada 26 April 2025 jam 8.00 malam di Taman Permainan Serenia Anira dengan jayanya. Alhamdulillah dan terima kasih kepada penduduk yang hadir. Terima kasih juga kepada yang menyumbang makanan dan minuman. Semoga jalinan kejiranan dan perkenalan sesama penduduk Anira ini berkekalan.

Pendaftaran Keahlian Persatuan Penduduk Serenia Anira (Serenia Anira Resident Association)

Persatuan Penduduk Serenia Anira membuka pendaftaran keahlian mulai 8 Mac 2025 .  Syarat keahlian adalah seperti berikut: 1. Warganegara Malaysia 2. Berumur 18 tahun dan ke atas 3. Menetap dan tinggal di Serenia Anira 4. Digalakkan keahlian satu ahli bagi satu rumah sahaja Yuran keahlian adalah seperti berikut: - Yuran Pendaftaran RM10 (Sekali sahaja) - Yuran Keahlian RM100 Setahun Kelebihan mendaftar sebagai ahli : - Mewujudkan perpaduan, rasa muhibah dan sikap bekerjasama di antara ahli-ahli dan penduduk-penduduk Serenia Anira yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama  - Mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan yang berasaskan pendidikan, kebudayaan, sosial, akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat - Melindungi kepentingan bersama mengenai sebarang bentuk harta benda persendirian dan kegunaan bersama di kawasan kediaman - Membangkitkan isu-isu kepentingan semasa penduduk seperti kebersihan, keselamatan dan kemudahan kawasan kepada pihak ber...

Centralised Careline for Defect Enquiries Starting 15 Februari 2025

Image
Untuk makluman bersama penduduk Serenia Anira. Centralised Contact Centre ini berkuatkuasa mulai 15 Februari 2025.