Persatuan Penduduk Serenia Anira membuka pendaftaran keahlian mulai 8 Mac 2025 . Syarat keahlian adalah seperti berikut: 1. Warganegara Malaysia 2. Berumur 18 tahun dan ke atas 3. Menetap dan tinggal di Serenia Anira 4. Digalakkan keahlian satu ahli bagi satu rumah sahaja Yuran keahlian adalah seperti berikut: - Yuran Pendaftaran RM10 (Sekali sahaja) - Yuran Keahlian RM100 Setahun Kelebihan mendaftar sebagai ahli : - Mewujudkan perpaduan, rasa muhibah dan sikap bekerjasama di antara ahli-ahli dan penduduk-penduduk Serenia Anira yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama - Mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan yang berasaskan pendidikan, kebudayaan, sosial, akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat - Melindungi kepentingan bersama mengenai sebarang bentuk harta benda persendirian dan kegunaan bersama di kawasan kediaman - Membangkitkan isu-isu kepentingan semasa penduduk seperti kebersihan, keselamatan dan kemudahan kawasan kepada pihak ber...
Jawatankuasa Persatuan Penduduk Serenia Anira bersetuju untuk menubuhkan tiga(3) biro bagi perancangan dan pelaksanaan aktiviti persatuan. Berikut adalah biro yang ditubuhkan: Biro Keselamatan Andrew Lai Tak Loong (Ketua) Shasi Rao A/L Gsangaya Mohamad Fadzli Bin Mohd Badron Lau Chi Leong Biro Kebajikan dan Promosi Yuvaraja Thanabalan (Ketua) Norsalwah Binti Omar Tan Hong Joey Biro Sukan dan Rekreasi Ahmad Bukhori bin Najmi (Ketua) M Syamsul Anam Bin Qamarul Huda Muhamad Asnizam Bin Masri
Persatuan Penduduk Serenia Anira sedang melaksanakan pemasangan barrier dan ANPR di pondok pengawal Serenia Anira untuk kemudahan penduduk pada masa hadapan. Kerja-kerja ini bermula pada 18 Disember 2025 dan dijangka siap pada 1 Januari 2026. Kerjasama penduduk untuk mematuhi papan tanda keluar dan masuk amatlah dihargai. Segala kesulitan amatlah dikesali.
Comments
Post a Comment